Make Organizer from Waste Paper (STEM)
9 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 8 Jun 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat Organizer From Waste Paper (STEM). Kelas tersebut dihadiri oleh 10 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya, mereka diberi bimbingan untuk membuat organizer yang kemas dan cantik mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan tunjuk ajar dari Youtube dan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar NADI Batang Maro. Dengan adanya bahan yang cukup lengkap, mereka dapat menghasilkan desktop organizer menggunakan kertas terbuang dengan lebih kemas dan sangat cantik seperti dalam youtube. Dengan adanya kelas seperti berikut, stem sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: