English Class (Spelling)

15 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan English Class iaitu spelling. Kelas tersebut dihadiri oleh 7 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran mengeja terutama dalam Bahasa Inggeris. Hal ini dikatakan demikian kerana, peserta masih lemah dalam menguasai matapelajaran tersebut. Oleh itu, pentingnya kelas seperti berikut diadakan untuk memastikan setiap peserta menguasai setiap subjek. Selain itu, mereka diberi bimbingan untuk membaca dan meneliti smeula perkataan yang telah diberikan sebelum spelling diteruskan. Walaubagaimanapun, peserta dapat membuat sehabis baik dan mengeja dengan tepat serta mendengar dengan teliti setiap perkataan yang telah disediakan. Dengan adanya kelas seperti berikut, mereka dapat membuat spelling test dengan lebih lancar dan lebih baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali