Kahoot Quiz and Spelling Test (E-Learning)
16 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 15 June 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas E-learning iaitu Kahoot Quiz dan Spelling Test. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 7 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pembelajaran jenis visual serta meningkatkan kemahiran spelling terutama dalam subjek Bahasa Inggeris. Hal ini dikatakan demikian kerana, kahoot mempunyai banyak soalan untuk setiap subjek. Contohnya, subjek Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan banyak lagi. Selain itu juga, kahoot dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk melatih mereka menggunakan teknologi sebagai media untuk belajar. Seterusnya, platform tersebut sangat menyeronokkan kerana dapat menguji minda peserta. Spelling test juga diberikan kepada peserta supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan mengeja dengan baik. Oleh itu, dengan adanya platform kahoot peserta dapat belajar kendiri untuk mendapatkan pencapaian dan keupayaan masing-masing dengan prestasi yang lebih baik dari masa ke semasa. Dengan itu juga, Spelling Test sangat penting untuk para peserta supaya mereka tahu terhadap word baharu yang diberikan dan mengeja dengan tepat. Oleh itu, mereka dapat membuktikan prestasi mereka dengan meningkatkan kemahiran spelling dan menguasai soalan dalam kahoot quiz.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: