Microsoft Word (Basic)
22 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21 Jun 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas ICT iaitu Basic Microsoft Word. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan asas dalam Microsoft Word. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft word adalah asas software yang harus dipelajari oleh para peserta untuk kepentingan masing-masing dalam membuat sesuatu kerja. Selain itu juga, Microsoft Word boleh digunakan untuk membuat dokumen seperti surat rasmi, surat tidak rasmi, boleh digunakan untuk insert gambar dan sebagainya. Kelebihan Microsoft ini dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang kerana mudah untuk didapati dan sudah tersedia untuk berbagai OS. Dengan adanya kelas Microsoft Word, peserta dapat menggunakan teknik asas dengan sangat mudah dan lebih difahami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: