Program Taklimat dan Promosi Tabung Haji (TH) di NaDi Batang Maro

7 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mac 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah berkolaborasi dengan Tabung Haji mengadakan Program Taklimat dan Promosi Tabung Haji (TH). THiJARI adalah sebuah rangkaian perkhidmatan digital Tabung Haji yang mula beroperasi pada 5 Februari 2020. Ia merupakan platform dalam talian yang disediakan oleh TH untuk memudahkan pendeposit TH. Selain itu juga, perkhidmatan yang ditawarkan adalah urusan simpanan dan pengeluaran, pembukaan akaun baru, urusan haji dan banyak lagi. Dalam program tersebut, mereka telah membuka kaunter untuk tujuan kemaskini akaun yang tidak aktif dan pembukaan akaun secara online. Selain itu juga, pertanyaan bagaimana urusan haji dijalankan. Oleh itu, diharapkan banyak lagi kolaborasi lain dengan agensi-agensi besar yang lain agar kita dapat memupuk silaturrahim sesame sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali