Facebook Posting Entrepreneur

9 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2024 yang lalu, pihak NaDi Batang Maro telah mengadakan kelas Facebook Posting terutama kepada usahawan. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kemahiran usahawan dalam media social. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap usahawan hendaklah mempunyai ilmu dalam menyebarkan produk-produk mereka terutama dalam social media seperti facebook, whastapp, Instagram dan sebagainya. Selain itu juga, dengan adanya kelas seperti berikut usahawan dapat menyebarkan dan memajukan lagi hasil produk mereka sehingga ke pasaran. Seterusnya, pentingnya membuat posting produk ini kerana sekarang, rakyat kita hanya menggunakan kaedah digital untuk membuat urusan jualbeli. Oleh itu, sebagai seorang usahawan hendaklah bijak dalam mempromosi produk secara atas talian untuk memudahkan urusan mereka dengan pelanggan. Dengan itu, usahawan dapat memajukan dan meningkatkan hasil jualan dengan kadar keuntungan yang tinggi dan besar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali