Microsoft Word (Surat Rasmi)
10 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mac 2024 yang lalu, pihak NaDi Batang Maro telah mengadakan kelas ICT Microsoft Word iaitu membuat surat rasmi. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kelancaran menaip dan ketepatan ejaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft word adalah asas software yang harus dipelajari oleh para peserta untuk kepentingan masing-masing. Selain itu juga, Microsoft Word boleh digunakan untuk membuat dokumen seperti surat rasmi, surat tidak rasmi dan sebagainya. Kelebihan Microsoft ini dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang kerana mudah untuk didapati dan sudah tersedia untuk berbagai OS. Dengan adanya kelas Microsoft Word, mereka dapat membuat surat rasmi dengan format yang betul dan ejaan yang tepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: