Microsoft Excel (Tulisan Khat) dan KDB
11 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2024 yang lalu, pihak NaDi Batang Maro telah mengadakan kelas ICT Microsoft Excel iaitu membuat tulisan khat dan tayangan kdb. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 7 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam Microsoft Excel. Manfaat dalam penggunaan Microsoft excel adalah dapat menyusun laporan kewangan dengan baik tanpa ada salah kerana software tersebut mempunyai formula tersendiri. Selain itu, Microsoft excel dapat mengoperasikan jadual atau data, grafik dan statistic. Seterusnya, para peserta dikehendaki untuk membuat tulisan khat mengikut kreativti masing-masing. Akhir sekali, pengisian dengan tayangan klik dengan bijak. Oleh itu, Microsoft excel penting untuk di pelajari supaya dapat memudahkan pengiraan dan pengolahan data nombor atau angka dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: