Pengenalan Keypads MyBijakniaga (Entrepreneur)

11 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2024 yang lalu, dua orang usahawan Kampung Batang Maro telah menghadiri webinar online iaitu Pengenalan Keypads MyBijakNiaga menggunakan platform google meet. Webinar tersebut merupakan anjuaran daripada Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). MyBijakNiaga ialah perisian talian yang direka oleh AKPK untuk memudahkan penyimpanan rekod bagi perniagaan kecil dan usahawan. Selain itu, dalam webinar tersebut mereka akan belajar tentang rekod jualan dan perbelanjaan dengan mudah. Seterusnya, mereka juga boleh belajar mengetahui jana laporan untuk menjejak prestasi perniagaan para usahawan. Disamping itu, mereka belajar tentang jimat masa dan wang pada simpan kira. Dengan adanya webinar seperti berikut, para usahawan dapat mempelajari ilmu baharu dalam perniagaan. Oleh itu, mereka dapat meningkatkan lagi hasil jualan mereka dengan memanfaatkan ilmu yang ada demi mencapai sesuatu kejayaan dalam bidang usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali