Pen Pencil Holder (STEM)
19 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mei 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat pen pencil holder. Kelas tersebut dihadiri oleh 5 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya, mereka diberi bimbingan untuk membuat pen dan pencil holder menggunakan bahan seperti botol, kertas, bulu kawat dan lain-lain. Dengan adanya bahan yang cukup lengkap mereka dapat menghasilkan pensil holder yang cantik, menarik dan kemas. Oleh itu, stem sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: