E-Learning (UPTOTEN) dan KDB
19 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mei 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas e-learning iaitu UPTOTEN dan KDB. Kelas tersebut dihadiri oleh 5 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam mengendali setiap subjek. Kelas menggunakan e-pembelajaran ini mempunyai banyak kelebihan antaranya ialah cara yang digunakan untuk belajar lebih interaktif. Seterusnya boleh meningkatkan kemahiran berdikari dalam kalangan pelajar. Selain itu juga, kaedah tersebut sangat menyeronokkan dan tidak membosankan kerana ia juga merupakan salah satu permainan. Oleh itu, dengan adanya kaedah e-pembalajaran para peserta dapat belajar dengan cara yang lebih mudah dan sistematik. Saya berharap agar lebih ramai lagi peserta yang akan menghadiri kelas di NADI Batang Maro ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: