Microsoft Word (ICT)

11 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas ICT Microsoft Word iaitu mencari logo bagi sesuatu aplikasi. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang cara untuk menginsert gambar dan mencari gambar di google. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft word adalah asas software yang harus dipelajari oleh para peserta untuk kepentingan masing-masing dalam membuat sesuatu kerja. Seterusnya, dalam kelas tersebut mereka diberi bimbingan bagaimana cara untuk memasukkan gambar ke dalam word dengan mudah. Selain itu juga, mereka juga belajar bagaimana cara untuk mencari gambar di google image. Disamping itu, Microsoft Word boleh digunakan untuk membuat dokumen lain seperti surat rasmi, surat tidak rasmi, boleh digunakan untuk membuat jadual dan sebagainya. Kelebihan Microsoft ini juga dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang kerana mudah untuk didapati dan sudah tersedia untuk berbagai OS. Dengan adanya kelas Microsoft Word, peserta dapat mempelajari ilmu baharu iaitu cara untuk mencari gambar di google image dan menginsert gambar dengan lebih mudah dan berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali