Balloon Powered Car (STEM)

14 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Oktober 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat Balloon Powered Car. Kelas tersebut dihadiri oleh 3 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat stem ialah kotak, straw, lidi, dan glue gam. Seterusnya, mereka diberi bimbingan untuk mengukur setiap kotak untuk dijadikan tayar dan badan kereta. Selain itu, mereka juga mengecat kotak tersebut dengan pelaka yang telah disediakan untuk menghasilkan stem mereka lebih cantik dan menarik. Dengan itu, mereka sangat berpuas hati kerana dapat menghasilkan balloon car yang cantik dan bergerak laju dengan tindak balas dari balloon. Akhir sekali, aktiviti stem ini sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali