Microsoft Powerpoint (Peta Minda)

20 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Oktober 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint iaitu membuat peta minda. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta dalam membuat slide dan peta minda. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft Powerpoint adalah software yang dapat memudahkan kerja seperti membuat pembentangan, slide atau peta minda. Selain itu, powerpoint dilengkapi oleh pelbagai tools seperti text art, image import, animation import, video import dan lain-lain yang akan membuat slide terlihat menarik. Disamping itu, dalam kelas tersebut mereka diberi bimbingan untuk membuat slide peta minda tentang rukun 20 sifat wajib bagi Allah. Mereka juga menggunakan warna dan design template yang sesuai untuk menjadikan peta minda lebih cantik dan mudah difahami. Dengan adanya Microsoft Powerpoint, dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang dengan cepat kerana template yang sudah sedia ada. Akhir sekali, Microsoft powerpoint dapat membantu peserta dalam menghasilkan peta minda yang lebih professional, menarik, cantik dan kemas serta senang untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali