Listening Skills (Spelling Test)

18 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas softskills iaitu listening skills. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 8 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk mengasah bakat atau kemahiran para peserta dalam mendengar dengan teliti dan mengeja dengan betul. Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas. Sebagai contoh keupayaan para peserta mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita dan perbincangan. Selain itu, aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaanya begitu meluas dalam kehidupan seharian. Sekirannya pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar ini dengan baik, maka mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas. Dengan itu, pentingnya kemahiran mendengar dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Saya berharap dengan adanya kelas seperti berikut, mereka dapat memberi peningkatan markah yang lebih tinggi dalam mengeja dan mendengar dengan teliti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali