Mindmap Online (E-Learning)
18 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 Ogos 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas E-Learning iaitu Mindmap Online. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 8 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk membantu pelajar dalam membangunkan jaringan pemikiran produktif dan idea yang kreatif. Mindmap bertujuan untuk membantu mengorganisasi dan mengelola idea-idea yang efektif. Mindmap juga bertujuan untuk membantu pengembangan strategi dalam sesuatu kerja. Antara manfaat Mind Mapping adalah dapat meningkatkan produktiviti dan kreativiti para peserta. Selain itu, dapat mengembangkan pemikiran secara kritis dan meningkatkan kolaborasi antara kumpulan. Oleh itu, dengan adanya kelas seperti berikut, mereka dapat membuat mindmap online dengan lebih mudah dan menarik untuk mereka mengulangkaji pelajaran bersama-sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: