3D Shapes Pull Up Nets (STEM)
19 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Ogos 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat 3D Shapes Pull Up Nets daripada kertas. Kelas tersebut dihadiri oleh 6 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya, mereka diberi bimbingan untuk mengukur terlebih dahulu dan membuat mana-mana bentuk yang mereka pilih. Selain itu, bahan yang digunakan juga sangat simple dan mudah untuk mereka membuat setiap shapes tersebut. Antaranya ialah kertas bewarna, gunting dan tali sahaja. Dengan itu, mereka berpuas hati kerana berjaya menghasilkan 3D Shapes Pull Up Nets dengan baik dan cantik. Akhir sekali, aktiviti stem ini sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: