Paper Helicopter (STEM)

19 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat Paper Helicopter. Kelas tersebut dihadiri oleh 6 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya, mereka diberi bimbingan untuk memotong kertas mengikut bentuk atau ukuran yang telah ditetapkan seperti dalam youtube. Selain itu, mereka dikehendaki untuk membuat dengan lebih teliti dan kemas supaya paper helicopter tersebut dapat terbang dengan tarikan graviti yang sangat cantik. Dengan itu, mereka berpuas hati kerana berjaya menghasilkan paper helicopter dengan cantik dan boleh terbang dengan baik. Oleh itu, stem sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali