Microsoft Powerpoint
25 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 24 Ogos 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas ICT iaitu kelas Microsoft Powerpoint. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta dalam membuat slide ataupun carta organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft Powerpoint adalah software yang dapat memudahkan kerja seperti membuat pembentangan atau slide. Selain itu, powerpoint dilengkapi oleh pelbagai tools seperti text art, image import, animation import, video import dan lain-lain yang akan membuat slide terlihat menarik. Disamping itu, dalam kelas tersebut mereka diberi bimbingan untuk membuat slide tentang rukun islam dan rukun iman. Mereka juga menggunakan warna dan design template yang sesuai untuk menjadikan slide lebih cantik dan mudah difahami. Dengan adanya Microsoft Powerpoint, dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang dengan cepat kerana template yang sudah sedia ada. Akhir sekali, Microsoft powerpoint dapat membantu peserta dalam menghasilkan slide yang lebih professional, menarik, cantik dan kemas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: