Microsoft Word (ICT)
15 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 September 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas ICT iaitu Microsoft Word. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan asas untuk insert gambar ke dalam Microsoft Word. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft word adalah asas software yang harus dipelajari oleh para peserta untuk kepentingan masing-masing dalam membuat sesuatu kerja. Seterusnya, dalam kelas tersebut mereka diberi bimbingan untuk mengetahui asas-asas Microsoft Word bagaimana ingin membuat huruf besar, huruf kecil, noktah, nombor dan sebagainya. Selain itu juga, Microsoft Word boleh digunakan untuk membuat dokumen lain seperti surat rasmi, surat tidak rasmi, boleh digunakan untuk membuat jadual dan sebagainya. Kelebihan Microsoft ini juga dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang kerana mudah untuk didapati dan sudah tersedia untuk berbagai OS. Dengan adanya kelas Microsoft Word, peserta dapat mempelajari asas-asas Microsoft Word dengan lebih mudah dan lebih berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: