Kahoot Quiz (E-Learning)

16 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas e-learning iaitu Kahoot Quiz. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pembelajaran jenis visual. Hal ini dikatakan demikian kerana, kahoot mempunyai banyak soalan untuk setiap subjek. Contohnya, subjek Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan banyak lagi. Disamping itu, sempena Hari Malaysia pada 16 September ini mereka telah menjawab beberapa soalan mengenai Malaysia supaya mereka lebih banyak mengetahui berkenaan Malaysia. Selain itu juga, kahoot dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk melatih mereka menggunakan teknologi sebagai media untuk belajar. Seterusnya, platform tersebut sangat menyeronokkan kerana dapat menguji minda peserta. Oleh itu juga, dengan adanya platform kahoot quiz ini peserta dapat belajar kendiri untuk mendapatkan pencapaian dan keupayaan masing-masing dengan prestasi yang lebih baik dari masa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali